Penamaan calon PRU 12


Koleksi gambar PRU 12

Jom Mengenali Menteri Besar Kedah

Sebagai anak jati negeri Jelapang Padi, rasanya seperti ada kekurangan, seperti lauk tanpa garam, jika tidak mengenali 'bapa' kepada 'anak-anak' rakyat negeri Kedah Darul Aman. Justeru, bagi anak-anak negeri Kedah, marilah kita mengenali profil bapa kita, bahkan anak-anak negeri yang lain juga boleh mengenali bapa kepada jiran mereka.



ASAL


Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah

Dilahirkan pada tahun 1944

Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British


PENDIDIKAN


Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Maktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965)

Universiti Al-Azhar

University Of Kent, Canterbury


KERJAYA


Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966)

Ketua Jabatan Syariah, UKM

Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina

Pensyarah UIAM (1983-1984, 1986-1995)


PENGALAMAN ANTARABANGSA


Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)

Pembentangan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983)

Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001)

Conference of South East Asia Islamic Law, Manila


PENULISAN ANTARABANGSA


Dirasah Hawla At-Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina

Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986

Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory and Corporative Study, terbit Southeast Asian Studies Program

(Sumber dipetik daripada Portal Kerajaan Negeri Kedah)



Jadi, bagaimana? Bukan calang-calang orang juga ya, bapa kita!

Berikut saya sertakan wawancara di antara Harakah dengan Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Ghazali Mayudin untuk mendapatkan pandangan beliau menjelang 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat, pada 16 Jun lalu, di pejabatnya.

HARAKAH: Bagi sebuah kerajaan baru yang ditubuhkan, atau pemimpin baru yang dilantik, penilaian awal kerap dibuat selepas 100 hari. Boleh jelaskan apakah signifikannya 100 hari itu?

GHAZALI: Seratus hari ini, tiga bulan 10 hari, sepatutnya kerajaan itu sudah ada dasar-dasar yang utama, yang diketengah kepada orang ramai. Pada waktu itu dikira sudah cukup untuk merangka perkara-perkara yang bakal dilaksanakan.

Jadi ini begitu signifikan sebab tempoh itu tidaklah terlalu lama dan tidak pula terlalu singkat. Kalau dua tiga minggu terlalu cepat, dan jika ada sebarang idea atau perubahan, ia dilakukan mestilah dalam jangka masa 100 hari itu. Ini tempoh yang dianggap memadai untuk mengemukakan apa jua rancangan, pelan atau idea seterusnya.

Dalam konteks kerajaan Pakatan di empat negeri ini, umumnya kemenangan 8 Mac lalu dilihat satu kejutan. Jadi, mungkin tiada persediaan rapi dibuat untuk mengisi kemenangan yang tidak dijangka itu, selain menyediakan manifesto yang selalunya bersifat umum.

Ada dua isu. Yang tidak dijangka itu satu hal, yang keduanya ialah gabungan Pakatan Rakyat. Tidak mudah untuk mencapai persetujuan dengan dasar tanpa perbincangan dan tolak ansur.

Sebab kerajaan itu sendiri bergerak dan berdiri atas dasar tolak ansur. Kalau tidak ada toleransi dan tidak boleh 'lebih kurang', maka kerajaan itu sukar untuk ditubuhkan, sebab modulnya tak boleh bergerak dengan sendiri. Kena ada tolak ansur dan kerjasama.

Dan ini mengekang mereka untuk bertindak dengan lebih pantas lagi. Saya jangkakan sudah tentu mereka telah mendapat kuasa, begitu 'eager' (bersungguh-sungguh) dan mungkin faktor tidak menyangka serta kurang pengalaman memegang kuasa.

Kita ambil contoh Dr Mahathir (Mohamad), dia tidak perlu mengambil 100 hari untuk melakukan perubahan yang besar. Kita mesti buat segera. Dalam konteks ini, banyak perkara yang boleh lagi kita perbaiki. Sebab kita tidak boleh 'drag' (mengheret) sehingga ianya berpanjangan. Jadi mesti ada yang signifikan seperti menampakkan perbezaan daripada kerajaan yang terdahulu.

Mungkin rakyat masih lagi tertunggu-tunggu...

Apakah semestinya kerajaan Pakatan Rakyat menunjukkan perbezaan yang nyata dengan BN? Mungkin ada negeri mengambil pendekatan untuk tidak mahu menunjukkan perubahan mendadak dalam waktu singkat kerana dibimbangi rakyat tidak boleh menerimanya atau mahu menunjukkan terlebih dahulu bahawa bukan sahaja kerajaan BN yang dapat memerintah dengan aman dan stabil.

Harapan atau 'expectation' rakyat cukup berbeza antara satu sama lain, bergantung kepada pendirian, kedudukan dan pengetahuan dalam satu-satu hal.

Ada golongan yang berpuas hati apabila sudah menang, pada mereka ini sudah memadai. Ada yang berpuas hati dapat yang lebih baik daripada sebelumnya, maknanaya sebelumnya dikatakan ada rasuah dan menyeleweng, ini tidak ada dalam kerajaan baru, maka mereka ini berpuas hati.

Ada pula ingin kepada sesuatu yang lebih drastik lagi, lebih besar dan lebih menyeluruh sifatnya. Contohnya jika negeri itu ada masalah setinggan atau kilang haram maka boleh dihapuskan di bawah kuasa kerajaan negeri, jadi mereka berpuas hati kerana dianggap telah bertindak dengan baik dan pantas.

Ada jenis yang mahu kepada perancangan jangka masa panjang. Iaitu 'target' dalam masa lima tahun, ibu negeri atau bandar raya di negeri itu diangkat sebagai bandar raya terbersih.

Jadi 'target-target' seumpama ini perlu didedahkan dan tercapai matlamatnya. Kalau tercapai, nampak signifikannya, nampak bezanya seperti Kota Bharu atau Alor Star sebagai bandar terbersih. Jika ada ���target���, perancangan mestilah disusuli dengan tindakan.

���Level��� puas hati ini berbeza di kalangan orang ramai

Adakah pembentukan kerajaan Pakatan di empat negeri, yang didokong oleh tiga parti yang belum mempunyai ikatan mantap sepertimana BN, menyebabkan sukar mencapai matlamat yang ditetapkan dalam 100 hari ini? Ataupun ia satu kekuatan, terutama daripada aspek kerjasama dapat dibina di antara parti-parti yang sebelum pilihan raya lalu belum mampu bersatu dengan baik, terutama antara PAS dan DAP.

Buat masa ini ia satu kelebihan. Fakta yang nyata ialah kemampuan Pakatan untuk menubuhkan sebuah kerajaan itu pun sudah merupakan satu kejayaan yang besar. Adanya tolak ansur dan keinginan mereka untuk mencari satu titik pertemuan, yang cuba mengurang perbezaaan.

'Highlight���kan (tampilkan) persamaan dan bukan 'highlight' perbezaan. Pakatan itu juga dari satu segi , secara tidak langsung adalah kehendak rakyat juga. Rakyat telah memberi sokongan besar-besaran kepada Pakatan Rakyat ini pada pilihan raya umum yang lalu.

Keinginan untuk membentuk kerajaan itu lebih lagi terdorong, lebih lagi terdesak dan perlu dengan segera direalisasikan hasrat rakyat itu. Buat masa ini kita tidak nampak perbezaan yang sangat ketara, adalah timbul sedikit sebanyak tetapi itu tidak menjadi satu isu besar yang boleh menggugat kerajaan Pakatan Rakyat.

Satu lagi 'advantage' ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim ini berada di luar, dan dia boleh memainkan peranan sebagai orang tengah, dia boleh menyatu-padukan pelbagai kumpulan dan parti ini ke arah matlamat yang satulah.

Mungkin Prof ada pandangan tersendiri terhadap perubahan yang dilakukan kerajaan negeri Pakatan tersebut, dan apakah Prof berpuas hati dengannya?

Saya ingat, mungkin banyak yang telah diumumkan oleh kerajaan tetapi tidak masuk dalam media. Sebagai contoh, kerajaan yang ada ini tidak sukar untuk menjadi lebih baik daripada kerajaan yang lepas. Sebab yang lepas dahulu banyak masalah dan jika kerajaan yang ada dapat menjalankan pentadbiran dan tanggungjawab dengan lebih telus, tidak ada rasuah, bertindak dengan cekap, tidak ada salah guna kuasa atau penyelewengan ini bagi rakyat adalah satu kemajuan dan pendekatan yang besar.

Cuma kadang-kadang perkara-perkara ini tidak diuar-uarkan kepada rakyat. Rakyat anggap sama saja. Sebagai contoh, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Rakyat melihat apakah bezanya PBT yang ada sekarang ini dengan sebelum 8 Mac tempoh hari. Apa lebih efisyen? Apa bezanya?

Kalau ada masalah-masalah dahulu seperti kelembapan tindakan masih ada, maka apa bezanya dengan yang dulu? PBT ini mesti ditangani dan dirombak dengan segera. Dibaiki sistem penyampaiannya, 'delivery system���nya' sebab PBT ini dekat dengan rakyat.

Rakyat berhadapan dengan kerajaan negeri yang antaranya ialah PBT. Tengah-tengahnya PBT dan penilaian banyak dibuat terhadap apa yang telah dilakukan oleh PBT. Apa dasar baru yang berubah, apakah yang bakal dibuat oleh PBT dan ini yang rakyat mahu lihat.

Maksudnya, Prof belum nampak perubahan dalam PBT?

Ini yang saya nampak tidak ada perubahan lagi. Mungkin ada maklumat tak sampai kepada saya, saya tak tahu tetapi ini yang saya rasalah...seperti isu kilang haram, setinggannya, iyelah...kita tidak harap ia berubah dalam masa satu hari tetapi sekurang-kurangnya orang tahu dasarnya, apa yang nak dilakukan terhadap isu ini.

Macam menteri-menteri besar ini dalam masa 100 hari ini mesti sudah jelas apakah dasarnya. Dalam konteks ini saya tidak begitu jelas, apa yang sudah dan sedang dan akan berubah. Pada saya sebagai orang awam, saya melihat ia biasa sahaja, tidak adalah yang ketara sangat.

Mungkin rakyat juga tidak jelas apa dasarnya malah manifesto dilihat seolah-olah diubah suai (adjust) mengikut kesesuaian dan berbeza dengan manifesto yang dahulu. Adakah boleh dijadikan alasan, bahawa setelah berkuasa, barulah diketahui jumlah pendapatan kerajaan negeri maka manifesto yang dahulu tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya disebabkan pelbagai kekangan sumber kewangan kerajaan negeri?

Ini satu pengajaran yang baik. Kita mesti tengok dalam konteks yang lebih luas. Satu pengajaran kepada kita dan khususnya kepada mana-mana parti, jangan mudah membuat janji. Kalau buat janji, kena berhati-hati. Ada kemungkinan menang dan tak dapat pula tunai janji. Sebelum ini mungkin boleh janji apa saja sebab 10 tahun tak pernah menang.

Akan datang, berhati-hatilah apabila berjanji sebab mereka sudah pegang kuasa dan tahu pelbagai kekangan, batasan-batasan. Tidak semata-mata nak menggula-gulakan orang ramai. Jangan sembarangan, sebab rakyat akan ingat. Dan ini boleh menjejaskan sokongan walaupun ada janji itu adalah ikhlas, 'genuine' tetapi tidak boleh dilaksanakan.

Bagaimana dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan negeri akan berusaha memberi RM100 kepada semua keluarga miskin dan sederhana di negeri itu, walaupun dia kata tidak ada sumber dari kerajaan tetapi beliau berazam untuk mencari dan melunasi janji itu?

Pada saya dia boleh janji. Tetapi pemerintah ini dia tidak boleh jadi 'Santa Claus'. Beri 'cash' sana sini atau itu ini kepada rakyat. Beri subsidi pada semua. Kalau bersikap macam Santa Claus kita akan terus membiarkan rakyat bersikap subsidi dan mentaliti mengharapkan bantuan. Ini mesti dihapuskan.

Dia kena bertindak dengan lebih besar seperti menyediakan pekerjaan, biar rakyat berdikari, lebih bebas dan tahu kerajaan lebih telus. Kalau nak bagi-bagi ini, nanti rakyat akan mengharap.

Saya rasa ini berkait rapat dengan peranan wakil rakyat, kena ada transformasi, kena tahu apa peranan wakil rakyat. Wakil rakyat bukan badan kebajikan masyarakat. Bukan pengagihan wang. Wakil rakyat bukan Along bila kita tak ada wang.

Sebab ini berkait. Ini mesti dipinda. Contohnya, wakil rakyat punya elaun yang terbatas, 'expectation' ramai. Rakyat ada masalah jumpa, bil-bil tak boleh 'settle' jumpa wakil rakyat ... dia ada hutang, wakil rakyat ada. Anak sakit, wakil rakyat ada ... tidak boleh macam itu. Wakil rakyat mana dia mampu untuk selesaikan masalah kewangan semua ini ... Elaunnya pun berapalah sangat.

Ya, sudah ada keluhan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat bahawa elaunnya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pengundi, antaranya kerana telah dibiasakan oleh wakil rakyat Umno dan BN untuk memberi 'bantuan segera', mungkin wakil rakyat BN mempunyai peruntukan lebih atau ada wang dari saluran tidak sah ...

Jadi ia mesti dihentikan serta-merta. Mesti ada 'guts', ada keberanian untuk lakukan ini. Bahawa kita bukan Along, bukan 'Santa Claus' atau kebajikan masyarakat ...

Adakah rakyat boleh terima budaya baru ini, atau mereka akan bersungut dan marah ... bila tiba pilihan raya akan datang mereka akan pilih BN balik?

Memang adalah sukar kerana telah dibiasakan, orang akan memberi tuduhan kedekutlah, tak nak bantu rakyatlah tetapi mesti juga dihentikan. Kita bergerak ke arah negara maju. Apa fungsi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mesti diaktifkan dan digiatkan peranannya. Jabatan ini bertanggungjawab. Macam sekarang sepatutnya negara ini tidak sepatutnya ada rumah yang daif.

Bumbung yang teruk, bocor ada yang dibuat daripada kadbod ... sepatutnya tidak ada lagi 'Rancangan Bersamamu TV3' itu ... orang tak tengok dah, tetapi sebab masih ada ... sebab adanya ketidak-cekapan di jabatan itu, kita ada JKKK-nya, Kemasnya ... jadi tak sepatutya berlaku ... itu tandanya 'delivery system' kita sangat lemah maka nasib orang atau golongan seperti ini tidak terbela ...

Kalau tak ubah persepsi rakyat terhadap wakil rakyat maka masalah ini akan berterusan. Wakil rakyat akan tanya mana nak cari duit. Elaunnya cukup untuk dia dan keluarganya. Kerajaan Pakatan Rakyat mesti buat 'full stop' di situ walaupun akan ada tentangan. Jangka masa panjang ia 'advantage' kepada kerajaan.

Apabila ini dihentikan maka wakil rakyat tidak lagi terdesak untuk mencari sumber-sumber yang lain yang di luar daripada undang-undang. Ini mesti 'stop'. Jika tidak ia balik 'square one' ... balik asal sama macam dululah. Rakyat datang minta, lepas itu wakil rakyat akan cari ruang-ruang dan peluang-peluang lain. Ruang dan peluang inilah yang mendatangkan bahaya.

Memerintahlah beberapa penggal pun, ia akan berbalik kepada isu yang sama. Ia umpama ' vicious circle ' (pusing balik). Kalau kita kata ���Federal��� tak serius banteras rasuah, kerajaan ini harus nampak serius. Ada ���full stop���. Jika tidak serius banteras rasuah orang akan lihat.

Cakap mudah. Sekarang ini orang nilai Pakatan Rakyat bukan hanya dengan slogan atau retorik sahaja. ���You��� tak ada kuasa dan bukan bidang you untuk turun minyak ... ok, orang boleh terima itu. Tapi yang dalam bidang kuasa ���you���, apa yang ���you��� boleh buat. Peranan wakil rakyat adakah masih sama macam dulu. Kalau macam itu nanti ada yang cuba cari komisen sebab keperluan rakyat banyak, ketuk malam-malam rumah wakil rakyat.

'Just impossible' dengan elaun yang ada untuk 'entertain' rakyat. Ini sepatutnya yang berlaku. Kita tak atasi ���root cause of the problem���. Kita menyuburkan lagi punca masalah.

Benda-benda ini dekat dengan rakyat. Ada orang terpesona dengan hak asasi, demokrasi, globalisasi dan lain-lain lagi tetapi ramai lagi lebih mengimpikan yang lain. Misalnya, saya impinkan, menjelang 2012 tidak ada lagi rumah-rumah daif di Malaysia. Cari jalan nak ubah. Nak ubah zink, tak banyak pun.

Dengan cara itu 'Rancangan Bersamamu' tak laku di negeri Pakatan Rakyat dan tak ada orang dah nak masuk rancangan itu. Kalau nak cari, cari di negeri lain seperti Johor ke atau Pahang...(ketawa) kan cantik kalau macam itu.

Ramai melihat keputusan pilihan raya 8 Mac lalu disebabkan oleh fenomena Asal Bukan Umno (ABU) atau Asal bukan BN. Maknanya, bukan kerana sayang atau sokongan mereka kepada Pakatan, tetapi berpunca kerana benci terhadap BN. Adakah sokongan akan beralih kembali kepada Umno setelah dibenci seketika dan balik semula setelah reda, umpama Umno-BN mendapat mandat besar pada 2004 selepas pulih daripada krisis 1999?

Kemungkinan itu ada, sebab masa itu orang tengah marah macam fenomena 1999, setelah Abdullah ambil alih daripada Mahathir, orang kembali sokong semula dan menang besar pilihan raya umum 2004. Ini juga boleh berlaku tetapi ianya boleh dihalang mungkin tidak akan kembali semula secara berbondong-bondong. Mungkin ada ... tetapi sedikitlah.

Dengan syarat kerajaan yang baru ini buat banyak perbezaan dan perubahan yang ketara dan ini boleh menghalang kemasukan kembali mereka. Saya setuju, bukan semua sokong PAS, DAP atau KeADILan tetapi sebab tak sukakan Umno dan BN, dia undi sesiapa sahaja. Ini jarang-jarang berlaku dan merupakan 'advantage'.

Kita juga tidak mahu parti-parti Pakatan Rakyat menang atau kuat atas kelemahan orang lain. Ini tidak akan lama bertahan. Ia harus menang atas kekuatan sendiri.Kekuatan parti ini sepatutnya di masa sekarang sudah membina kekuatannya di akar umbi, diperkukuhkan.

Umno bertahan sekian lama kerana akar umbi dia kuat. Di kampung-kampung, di merata ceruk ada saja Umno. KeADIlan sekarang agak kurang berbanding dengan PAS. Kuatkan parti supaya dalam pilihan raya dia boleh menang besar tanpa bergantung kepada orang lain, sama ada bergantung kepada parti rakan atau 'depend' kepada kelemahan parti lain.

Ini harus diubah dan dilakukan sekarang supaya dapat mengurangkan bilangan yang kembali kepada parti yang dulu. Akan ada yang masuk atau sokongan balik BN tetapi sedikitlah jika semua perancangan kerajaan Pakatan dibuat dengan baik.

Isu memperkukuhkan parti ini, Umno dilihat mempunyai kekuatan itu dan PAS juga kuat dari segi ideologi dan idealisme agama sebagai perjuangan parti, manakala Umno ada habuannya dan imbuhan kepada rakyat. Tentunya parti-parti Pakatan tidak mahu mengikut teladan Umno untuk mengukuhkan parti masing-masing. Soalnya, mungkin rakyat ramai mahu mendapat sesuatu daripada sokongan mereka kepada Pakatan, sepertimana jika mereka menyokong Bn dahulu, dan mungkin ada aktivis parti merasakan kini sudah tiba masanya kita mendapat manfaat setelah lama perit berjuang ...?

Umno memang sekarang lain dengan yang ada pada tahun 50-an dan 60-an dari segi idealismnya, nak merdekanya tetapi sekarang lain ...

Minda masayarakat, sebab dan tujuan berpolitik ini semua harus diubah, wakil rakyat harus diubah. Kalau ini tidak dibuat maka masalah seperti ini akan timbul semula. Benda 'fundamental' mesti diubah. Kalau tidak jadinya, orang masuk parti sebab nak habuan dan pangkat dan sebagainya. Usah ulangi kesilapan Umno. Saya kira Pakatan Rakyat, harus menampakkan perbezaan dengan BN, dalam pentadbiran kerajaan dan juga mengembangkan parti.

Sempatkah kita nak mendidik rakyat, untuk mereka cerdik berpolitik dan tidak mengharapkan habuan selepas menyokong Pakatan. Ini kerana bila-bila masa saja kerajaan negeri Pakatan boleh goyah, jika ada yang lompat parti atau selepas tiga empat tahun nanti, ada pilihan raya, dan Umno menawarkan janji yang lebih menggoda?

Kesempatan yang ada ini harus diambil sepenuhnya. Bukan mudah untuk orang bukan Melayu undi PAS atau orang Melayu undi DAP tetapi jika ia sudah berlaku dalam pilihan raya lalu, bermakna orang boleh undi sekali lagi ke arah itu. Dan ke arah politik yang lebih matang kerana mereka nak perubahan. Mereka korban perasaan kebiasaan mereka itu demi perubahan.

Rakyat sudah terbuka mindanya, kalau tak terbuka ia akan kekal dan Umno dan BN akan menang macam biasa. Sekarang ini bukan soal sempat tak sempat. Buat dulu, jangan sebab tak sempat, kita hanya duduk diam sahaja. Buat dulu, mesti ada titik langkah pertama mesti dibuat. Jangan main lagu lama sahaja ... nak digula-gula dengan subsidi ... boleh tapi hanya jangka masa pendek.

Macam air percuma, boleh tapi itu jangka masa pendek dan buat semua orang 'happy' tetapi kita mesti fikir jangka masa panjang. Bukan sekadar nak berkuasa sahaja, kita bercakap soal 'transparency', telus dan kerajaan berwibawa. Inilah peluangnya nak mengubah 'fundamental' itu tadi.

Ya saya akui cabarannya memang kuat, tidak dinafikan. Kalau dimulakan, pasti okey.

Kalau minda rakyat sudah terbuka memang bagus, tetapi bagi aktivis parti mungkin ada yang berpandangan, sebab sudah berjuang begitu lama dan sudah 'teruk' dahulu maka inilah masanya untuk ambil kesempatan sedikit, mungkin hujah mereka untuk kebaikan parti juga. Adakah fikiran seperti itu boleh menganggu pembudayaan politik baru dalam masyarakat kita?

Ini sudah semestinya akan ganggu. Orang akan kata sama sahaja macam kerajaan lalu, apa bezanya? Macam contoh di Kajang dan Bangi waktu awal menang, jadi ada orang kata tak payah turun bendera parti sebab kita dah menang dan kita sudah memerintah.

Mentaliti yang macam ini tak sesuai. Ini tak boleh. Ini sama sahajalah macam yang dulu. Samalah ���you��� dengan Umno, apabila ada kuasa sahaja berlagak. Ini perlu didik. Memanglah dari segi mendidik sama ada di peringkat pimpinan dan nasional boleh dikawal tetapi yang di bawah ini yang macam-macam jenis ragam dan pemikiran manusia, ini sukar sedikit tetapi harus dididik.

Kalau kita kata salah guna kerajaan dulu maka yang ada sekarang jangan buat, retorik tidak cukup. Orang nilai bukan setakat apa yang dicakap tetapi apa yang you buat. Dulu Pakatan Rakyat dikatakan tak ada pengalaman, pandai cakap sahaja. Memanglah dulu tak ada kuasa tetapi sekarang sudah ada maka kena buktikan.

Rakyat dah cerdik sekarang. Mereka terdedah bukan hanya satu sumber sahaja, dengan internetnya dan macam-maca lagi. Apa yang masuk dalam Harakah pun, rakyat akan tapis, jadi rakyat sudah terbuka dan matang.

Prof juga banyak mengkaji soal sistem dan perjalanan pilihan raya negara kita. Apakah dengan kemenangan agak besar pembangkang dalam pilihan raya lalu bermakna segala sugutan dan kritikan terhadap pilihan raya kita tidak lagi relevan?

Sudah menang tidak bermakna sistem itu adil dan sama rata. Ia bergantung banyak faktor. Rakyat bangkit dan sudah bosan, dan ada gelombang yang besar maka itu juga jadi faktor jatuhnya kerajaan. Sistem yang ada sama sahaja digunakan pada pilihan raya 2004 dan 1999, tiada perubahan drastik dilakukan.

Yang ada dakwat celup jari itupun ditarik balik penggunaannya. Jadi saya nampak media berat sebelah masih lagi sama. Sistem sama. Menang tidak menandakan sistem itu adil secara automatik.

Keadilan untuk menyampaikan maklumat dan manifesoto kepada yang bertanding harus diberikan untuk disampaikan kepada semua rakyat melalui media. Semua parti yang bertanding adalah halal belaka. RTM bukan Radio Televisyen Umno tetapi Malaysia punya, dan milik rakyat juga. Akhbar mengikut penguasa macam Harakahlah. Maka lesen penerbitan mesti diberikan kepada semua, jangan disekat.

Kemudian rakyat mesti yakin bahawa pilihan raya itu adil dan telus ialah dengan cara mengembalikan kepada rakyat pengunaan dakwat. Orang akan yakin jika guna dakwat. Ini mesti diperkenalkan sebab sudah terbukti di negara-negera luar boleh membendung salah-laku pengundian. Ia mudah dan belanjanya tidak terlalu mahal.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dimanipulasi untuk kalahkan Pakatan nanti?

Saya kira tak semudah dahulu, lagipun mesti dapat dua pertiga dulu.

Selain menilai kerajaan Pakatan dalam masa 100 hari, bagaimana pula Prof melihat Umno dalam jangka masa sama? Apakah Umno sedang bergerak ke arah perubahan sepatutnya bagi mengembalikan sokongan pengundi?

Umno cuba buat pemulihan tetapi rasanya tak nampak apa-apa yang cuba dilakukan itu mendatangkan kesan positif. Peralihan kuasa di peringkat tertinggi tak akan mendatangkan apa-apa jika ia masih orang yang sama atau minda yang sama, dasar yang sama, cara berkerja yang sama. Tidak akan bawa buat perubahan yang besar. Umno memang sedar kesilapan tetapi tidak ada yang konkrit dilakukan untuk pemulihan.

Tengok kuota untuk bertanding jawatan tertinggi dalam Umno, ia masih lagi ada. Macam pencalonan pilihan raya. Di satu langkah ialah menghalang orang lain sewenang-weangnya bertanding. Macam deposit pilihan raya, dikenakan RM5,000, iaa tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah sangat sehingga RM10, sehingga semua orang atau sesiapa pun boleh bertanding. Itu menyukarkan keadaan. Kita tak nak orang memain-mainkan sistem.

Kita lakukan kuota atau deposit itu bukan nak menyekat tetapi sekadar nak halang orang sewenang-wenangnya bertanding. Itu kita setuju tetapi jika menyekat langsung tak boleh juga. Kena kurangkan 30 peratus kuota itu. Kita kena buat jalan tengah.

Masalah Umno mungkin sudah terlalu banyak dan tidak mungkin boleh dipulihkan, Umno sedar itu tetapi tak nampak perubahan. Tak nampak yang radikal. Masih lagu lama lagi. MCA dan Gerakan nampak semakin lebih terbuka dari sudut bercakaran. Itu sahaja nampak lebihnya.

ALOR STAR, 20 Jun (Hrkh) - Dalam usaha menangani gejala sosial di negeri ini, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Urusetia Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib.


Bagi menggerakkan usaha ke arah tersebut, Program Latihan Aktivis Dakwah Menangani Gejala Sosial atau singkatannya Landas telah dianjurkan urusetia berkenaan.


Dalam majlis perasmian Landas Siri Kelima malam semalam, Dr. Hamdan yang memegang porfolio Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri menyeru para sukarelawan menjadi penggerak utama untuk mengembalikan para remaja di negeri ini ke landasan hidup yang sebenar menurut Islam.


"Kebelakangan ini kita melihat suasana di dalam Negeri Kedah ini khasnya dan negara kita amnya, masyarakat seolah-olah melihat agama ini sebagai satu yang mungkin perlu ada tetapi tidak perlu dipraktikkan," kata beliau.


Ujarnya, melihat perubahan dalam masa terdekat sememangnya sukar tetapi urusetia perlu berkerja melahirkan aktivis yang berani menunaikan tanggung jawab tersebut.


Jelasnya, di beberapa tempat, keadaan gejala sosial berada dalam tahap menakutkan.


Oleh itu kata beliau,apa yang diperlukan kini ialah aktivis yang mampu membina kemahiran diri untuk mendampingi golongan ini.


"Selepas ini, urusetia ini akan mengetuai semua agensi-agensi kerajaan yang akan turun dalam gerak kerja menangani gejala sosial ini," katanya.


Sementara itu, menurut Kordinatoor Urusetia Menangani Gejala Sosial, Ustaz Kamaruddin Kasim, sepanjang program berkenaan, peserta akan mengikuti latihan berbentuk teori melalui bengkel dan latihan kemahiran di lapangan.


Jelasnya, kemahiran yang akan diterapkan kepada peserta ialah kemahiran komunikasi dan interaksi berhadapan dengan remaja yang bermasalah.


Tambahnya lagi, peserta juga akan dilatih untuk melakukan pemetaan dan profil kawasan-kawasan yang dikenal pasti bermasalah.


Seramai 32 orang sukarelawan menyertai program selama tiga hari itu yang diadakan di Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN). Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Pengurus INSPIN Bahagian Integriti, Harun Md. Isa.



Sumber: Harakahdaily.net

Tinta Pertama

Assalamualaikum w.r.t.


Ini merupakan tinta pertama buat permulaan blog ini.

Semoga segala perkongsian di sini memberikan manfaat

kepada kita semua.


Wallahua'lam.

;;